Saturday 30 July 2016

Assalamualaikum..

Dah lama blog ni sunyi..tak sempat langsung nak update ke apa..tambaha-tambah sekarang dah bertambah meriah dengan kehadiran seorang puteri yang bernama Raja Damia Aqilah.. kejap je masa berlalu kini dah berusia 6 bulan. 
Kali ni pengalaman memang berbeza sangat-sangat. maklumla anak pempuan manja lain macam. Tido pun nak ngan ibu. Si abang pula suka menganggu adik. Yela beza 4 tahun mana tak jelesnye kan. Si abang jugak banyak karenahnya. Mungkin susah nak terima kehadiran adik. Badan dan Minda sangat-sangat letih mujurlah en suami banyak membantu. Dengan kerja yang banyak di pejabat. Project yang agak besar saya jaga dari awal kehamilan hingga kini. Project yang dikatakan hanya 6 bulan sekarang dah setahun lebih. Letih sangat-sangat dengan client yang satu ni. Carimin yang cermin hahaha. bayangkan hampir setiap minggu mob manpower. Bukan seminggu sekali malah seminggu 2 kali. Sekali naik 20-30org paling sikit orang yang saya hantar. Kelebihan yang saya dapat dari project ni ialah engineer yang bagus. Mudah kerja saya. Hari ni terima plak berta tak best..ingat baru nak tenang hidup tapi masuk plak job baru huhuhu...location yang sama tapi client yang berlainan. 
Dalam beberapa tahun ni macam-macam yang terjadi dalam hidup ini. Pertama saya dah suami berpeluang mengerjakan umrah bersama seorang lagi staff HHA iaitu Mat Ali sekeluarga. Alhamdulillah lancar perjalanan saya sepanjang berada di sana. Berkat belajar dengan Pak long saya.. alhamdulillah besar pahala yang pak long saya dapat..macam bulan madu plak sepanjang berada disana..dan anugerah yang tak terhingga tidak lama kemudian selepas kembali dari umrah saya hamil... Kedua,hidup kami sekeluarga diduga..rupanya nak dapat rezeki lain rupanya. Insyaallah tidak lama lagi kami akan ada aset sendiri. Walaupun kecil teratak kami dengan  1001 dugaan sepanjang perjalanan memiliki aset tersebut alhamdulillah ia akan menjadi milik kami tidak lama lagi... Maklumlah beli aset orang kerajaan yang masih berhutang dan panas baran. bagi pendapat peribadi saya..hidup tuan rumah tersebut diduga dan dugaannya terkena jugak kat kita. Alhamdulillah berkat kesabaran tidak lama lagi kami akan mula mengubah suai rumah tersebut mengikut selera kami. Tak sabarnya..
 

Monday 30 July 2012

Ramadan Pertama

Assalamualaikum...
Dah lama sangat tak update kat blog ni... Bersarang sudah,hehehe. Tahun ni saya puasa bertiga.. Agak menarik jugak pengalaman kali ni. Time berbuka mesti Danish nak berbuka jugak,jarang dia tido time magrib melainkan terlalu letih. So kebanyakkan berbuka mesti Danish join kami. Kadang2 dia bermain seorang diri dalam buaian mainan,kadang2 duduk sekali dimeja bersama kami. Ayahnyalah yang biasa riba pastu ada botol susu 1 untuk Danish. Time Sahur memeng tak riso kalo terlajak ke apa sebab si kecil pasti kejutkan kami berdua,hehehe.. Syukur alhamdulillah.
Sekejap je masa berlalu sekarang Danish dah nak masuk 5 bulan dah. Membesar dan semakin aktif.

Saturday 28 April 2012

Raja Danish Aqil..Permata Ibu dan Ayah

Assalamualaikum.. Disaat melihat video diatas hati saya sangat-sangat tersentuh. Indahnya ciptaanNya. Allah Maha Besar. Syukur alhamdulillah kerana saya diberi keizinan merasai semua ini.
Alhamdulillah 4 Mac yang lalu saya telah selamat melahirkan zuriat pertama kami. Selamat datang putera hatiku,kehadiranmu mengeratkan lagi hubungan kami,menceriakan lagi kehidupan kami dan menjadikan hidup kami kian bermakna. Syukur alhamdulillah..saya betul-betul gembira dengan kelahiran baby yang di beri nama Raja Danish Aqil.. Selama 9 bulan dia berada di dalam rahim saya. Pertama kali melihat wajahnya air mata saya mengalir..Ya Allah aku telah melahirkan seorang umatMu. Rasa bahagia sangat-sangat. Hilang semua rasa sakit. Hilang kesemuanya.
Kehadiran Danish dalam hidup kami betul-betul melengkapkan. Tiada yang lebih penting melainkan anak dan suami. Betul orang kata,bila kita sudah punya anak..yang dahulu bagi kita sesuatu itu penting kini tiada lagi melainkan anak. Tidak dinafikan saya mula melihat perubahannya. Saya dah jadi mak orang.. Itulah perubahan yang ketara.

Saturday 11 February 2012

38 weeks sudah..

Alhamdulillah ari ni kandungan saya berusia 38 weeks. Kejap je masa berlalu. Sekarang saya sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama kami. Minggu ni minggu terakhir saya bekerja. 16.2.2012 ari terakhir sebelum saya mula bercuti. Tak sangka betul dah 9 bulan baby berada di dalam rahim saya. Bergerak aktif, bila berbual2 dia memberi tindak balas,eee sweet sgt2. Ya Allah indahnya ciptaan Mu. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk melalui semua pengalaman ni. Sepanjang 38 Weeks ni terlalu banyak cabaran dan rintangan yang telah saya lalui. Perubahan diri,berat badan,bentuk badan saya.. semua da berubah. Tak kisahla janji saya tetap comel di mata n di hati suami tercinta dulu,kini dan selamanya. Mungkin saya akan update balik blog ni selepas selamat melahirkan anak kami nanti.
Dalam keadaan sarat ni pun saya masih suka jalan2. Boleh dikatakan setiap hari En Suami akan bawak saya jalan-jalan dulu baru balik berehat kat umah. Sepanjang saya hamil ni 1 benda yang paling saya suka buat,saya tak buat. Shopping! Saya rasa macam x shopping lagi setakat ni. Untuk diri sendirilah. Macam semua tu langsung tak menarik perhatian saya. Macam lawak bila dengar sebab saya ni hantu shopping. Tapi bagus jugak mudahan nanti anak saya x gila shopping,hehehe. Pastu perkara yang paling saya suka sepanjang hamil ni..makan. Wah paling suka. Terutama makanan laut,wajib dalam semua masakkan saya. Tapi sekarang selera saya da berkurangan. Tapi berat badan saya asyik meningkat aje. Kurang selera ke? hehehe... Mungkin perasaan saya je kot. Hari ni rasa nak ajak En Suami g Mcd je. Rasa nak makan kat sana la. Tak pun kat Mesra Mall.. Mood saya rasa macam x berapa elok je ari ni....huhu...

Tuesday 24 January 2012

Baby Girl

Tahniah kepada sahabat saya yang telah selamat melahirkan Baby Girl yang comel pada 22/01/2012. Happy sangat2 bila dapat tahu dia da selamat melahirkan baby yang pertama. Dia sepatutnya due awal bulan 3 tetapi atas hal2 yang tak dapat dielakkan,terpaksa bersalin awal. Pe2 pun dia dan baby selamat. Terujanya saya. Sabo2.. Semoga saya dan baby nanti pun selamat dan sihat.

Monday 26 December 2011

Rezeki Akhir Tahun

Syukur alhamdulillah murah rezeki akhir tahun ni. Tahun ni alhamdulillah semua yang saya idam2kan tercapai cuma cepat ngan lambat je terlaksana. Bestnya dapat pakai yang baru.Tak lama lagi kita akan melangkah ke tahun baru. wah tahun depan saya dah berusia 29 tahun,mcm mimpi. Ramai je kata saya ngan en hubby ni muda lagi,hehehehehe awet muda la kami ni. Nanti anak kami pun awet muda jugak kot,insyaallah. Bila cakap pasal baby alhamdulillah semua keperluan baby da sedia. Sekarang duk mengira detik menanti kehadiran cahaya mata pertama kami,lambang cinta kami. Semoga semuanya dipermudahkan. Berdebar saya nak mengalas lagi 1 tangunggjawab sebagai seorang ibu. Bersediakah saya? Insyaallah. Saya akan lakukan yang terbaik.
Minggu depan kandungan saya berusia 8 bulan. Begitu pantas masa berlalukan? Kadang2 time lepak ngan en hubby terdetik dihati ni,eh da khwn da aku ni,da ngandung tak lama lagi nak ada baby dah.. Macam tak percaya pun ada. Apa la saya ni kan. Ingat detik pertama perkenalan kami,dia merisik saya,bertunang dan berkahwin. Macam cepat je berlalu. Saya betul2 berterima kasih pada kawan saya yang temukan kami. Dia temukan jodoh yang baik buat saya. Kalo saya tak hargai,sayalah paling rugi kat dunia ni. Syukur pada Mu Ya Allah kerana memberi peluang pada hambaMu ini untuk bertemu dengan jodoh yang lebih baik. Saya rasa tak rugi sedikit pun mase saya memilih dulu. Cerewet abis la saya ni. Sangat2 cerewet. Bukan rupa yang ku idamkan tapi kaya hati n kasih sayang.Bagi saya duit boleh cari. Apalah nak dibanggakan dengan hartakan?
Eh jauhnya saya melalut.. Baru2 ni cari barang baby kat Dungun. Kampung halamanku. Sebenarnya baby saya ajak berjalan cewah alasan je tu. Memang saya suka berjalan sekarang,saya selalu cakap baby ajak berjalan kih2. Malam2 mulalah sakit kaki mujur ada yang sudi urut hehehe. Mase berjalan tu baby senyap je,Bila masuk dalam keta mulala dia bergerak2 terhibur hati ni. Lepas shoping kat dungun saya g kat kemaman plak. Memang bertenaga pelik la mase ari tu. Pastu g umah mak hantar semua barang2 kat sana. Nanti saya berpantang umah mak,so senang simpan kat sana terus. Boleh mak ayah belek2 dulu cewah.
 

Tuesday 20 December 2011

Vip-Lagu sedih


Hi Afternoon,cewah.. sekarang ni tengah fenomena la kot ngan group2 gini. Ala2 korea kata org. Saya suka ngan video klip ni. So funny,hik3.. Tajuk lagu mcm jiwang n tangkap lelehkan tapi x sedih pun bila dengar. Mungkin saya da x berjiwa jiwang kot.