Banyak betul cobaan petang ni. Tadi ada member mintak carikan doc,saya dengan penuh yakin mencari. cari punya cari sah mmg xde. Dia kata doc tu mmg ada. Dah sampai. saya cari untuk kali kedua. Sah....mmg ada rupanya. Dia da gelabah bila saya cakap ada. 2 minggu lepas da sampai. hairan kenapa takde dalam rekod saya? Cobaan.. Kesian dia kena marah. Maafkan saye. Laptop saya sekarang mmg dah tak berape sihat.
Tamat yang itu. Tup boss call mintak saya resend doc. Saya pun resend la,tapi tak lepas2. Internet pulak xde, Ya Allah... Cobaan. Laptop saya dah kekerasan. Hang plak.. Cobaan..
Buka punya buka tak dapat.. Boss call lagi "Awak tak email lagi ke?" " Laptop saya hang boss"... Cobaan...
Sakitnya hati ni..stress plak rasanya. Saya rasa letih dah nie... Yang,ari ni makan kat luar ya? Mujur saya dapat En Hubby yang memahami,alhamdulillah syukur..
Setiap langkahku,ku kan selalu memikirkan dirimu,tak dapatku bayangkan hidupku tanpa cintamu...Janganlah kau tinggalkan diriku,takkan mampu menghadapi semua,hanya bersamamu ku akan bisa,kau adalah darahku,kau adalah jantungku,kau adalah hidupku *sempurna*
Monday, 17 October 2011
Saturday, 15 October 2011
Hari Sabtu
Hari sabtu merupakan hari yang paling tak best dalam hidup saya...sebab saya bekerja pada hari sabtu. Cuti 1 ari sahaja. Sebelum khwn mmg saya tak kisah tapi selepas bergelar isteri saya mula rasa tidak selesa dan sangat2 tidak bersemangat untuk bekerja sebab..En hubby saya bercuti jumaat sabtu. Saya pun nak cuti jugak boleh luangkan masa bersama,masak2,jalan2 dan macam2la aktiviti yang boleh saya buat.
Pepagi datang keje dah bosan. Kuatkan semangat... Hai xde sape nak g kantin ke? Rasa macam nak teh tarik je. Rugi tul x beli masa datang keje tadi..
Pepagi datang keje dah bosan. Kuatkan semangat... Hai xde sape nak g kantin ke? Rasa macam nak teh tarik je. Rugi tul x beli masa datang keje tadi..
Labels:
kerjaya
Thursday, 13 October 2011
Mengidam
Mengidam.. Best bila ingat pasal ni. First time saya dapat tahu saya hamil..saya mengidam nak makan pisang salai. Terkejut En Hubby bila beritahu maklumla dia makan pun tak pernah. Alhamdulillah dapat jugak makan. Saya makan sekeping aje tapi En Hubby makan fuh mengalahkan saya yang mengidam. Selepas pada tu teringin plak nak makan sayur jantung pisang dan mee kari masakkan mak. Macam-macam saya nak makan memang berselera masa tu. Lepas tu ramadan pun menjelma selera saya mula berubah. Dari kuat makan jadi kurang berselera. Sikit je makan En Hubby nampak susah hati sangat dengan dia jadi kurang selera jugak. Bila dah nak masuk 4 bulan sedikit demi sedikit selera saya makin baik. Mase raya ari tu saya mmg beraya sakan. Semua saya makan hai En Hubby pun apa lagi bertambah-tambah jugakla seleranya. Lepas tu mula la nak makan macam-macam. Steamboat,nasi ayam,roti sardin,roti tempayan..kalo ikutkan ada lagi yang x makan ni..hehehe..
Thanks En Hubby kerana sudi penuhi semua keinginan Pn Isteri ni
Thanks En Hubby kerana sudi penuhi semua keinginan Pn Isteri ni
Labels:
Family
Wednesday, 12 October 2011
Coret-Coret
Tak lama lagi hari jadi En Hubby. Plan saya nak memasak kat umah,2nd nak belanja makan. Hujung minggu nanti nak try buat Ikan Patin Masak Tempoyak,hehehe.. Harap2 menjadi cubaan pertama saya nanti. Minggu depan saya akan mengambil cuti khas utk En Hubby tersayang,cewah dan mencari menu baru untuk dicuba masakkan oleh saya,hehehe.. Harap xde halangan la nanti. Maklum la sekarang company ada project lagi. Kena standby sokmo bak kata org. Sabo jela...
Labels:
My Love
Subscribe to:
Posts (Atom)
