Assalamualaikum..
Dah lama blog ni sunyi..tak sempat langsung nak update ke apa..tambaha-tambah sekarang dah bertambah meriah dengan kehadiran seorang puteri yang bernama Raja Damia Aqilah.. kejap je masa berlalu kini dah berusia 6 bulan.
Kali ni pengalaman memang berbeza sangat-sangat. maklumla anak pempuan manja lain macam. Tido pun nak ngan ibu. Si abang pula suka menganggu adik. Yela beza 4 tahun mana tak jelesnye kan. Si abang jugak banyak karenahnya. Mungkin susah nak terima kehadiran adik. Badan dan Minda sangat-sangat letih mujurlah en suami banyak membantu. Dengan kerja yang banyak di pejabat. Project yang agak besar saya jaga dari awal kehamilan hingga kini. Project yang dikatakan hanya 6 bulan sekarang dah setahun lebih. Letih sangat-sangat dengan client yang satu ni. Carimin yang cermin hahaha. bayangkan hampir setiap minggu mob manpower. Bukan seminggu sekali malah seminggu 2 kali. Sekali naik 20-30org paling sikit orang yang saya hantar. Kelebihan yang saya dapat dari project ni ialah engineer yang bagus. Mudah kerja saya. Hari ni terima plak berta tak best..ingat baru nak tenang hidup tapi masuk plak job baru huhuhu...location yang sama tapi client yang berlainan.
Dalam beberapa tahun ni macam-macam yang terjadi dalam hidup ini. Pertama saya dah suami berpeluang mengerjakan umrah bersama seorang lagi staff HHA iaitu Mat Ali sekeluarga. Alhamdulillah lancar perjalanan saya sepanjang berada di sana. Berkat belajar dengan Pak long saya.. alhamdulillah besar pahala yang pak long saya dapat..macam bulan madu plak sepanjang berada disana..dan anugerah yang tak terhingga tidak lama kemudian selepas kembali dari umrah saya hamil... Kedua,hidup kami sekeluarga diduga..rupanya nak dapat rezeki lain rupanya. Insyaallah tidak lama lagi kami akan ada aset sendiri. Walaupun kecil teratak kami dengan 1001 dugaan sepanjang perjalanan memiliki aset tersebut alhamdulillah ia akan menjadi milik kami tidak lama lagi... Maklumlah beli aset orang kerajaan yang masih berhutang dan panas baran. bagi pendapat peribadi saya..hidup tuan rumah tersebut diduga dan dugaannya terkena jugak kat kita. Alhamdulillah berkat kesabaran tidak lama lagi kami akan mula mengubah suai rumah tersebut mengikut selera kami. Tak sabarnya..