Saturday, 11 February 2012

38 weeks sudah..

Alhamdulillah ari ni kandungan saya berusia 38 weeks. Kejap je masa berlalu. Sekarang saya sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama kami. Minggu ni minggu terakhir saya bekerja. 16.2.2012 ari terakhir sebelum saya mula bercuti. Tak sangka betul dah 9 bulan baby berada di dalam rahim saya. Bergerak aktif, bila berbual2 dia memberi tindak balas,eee sweet sgt2. Ya Allah indahnya ciptaan Mu. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk melalui semua pengalaman ni. Sepanjang 38 Weeks ni terlalu banyak cabaran dan rintangan yang telah saya lalui. Perubahan diri,berat badan,bentuk badan saya.. semua da berubah. Tak kisahla janji saya tetap comel di mata n di hati suami tercinta dulu,kini dan selamanya. Mungkin saya akan update balik blog ni selepas selamat melahirkan anak kami nanti.
Dalam keadaan sarat ni pun saya masih suka jalan2. Boleh dikatakan setiap hari En Suami akan bawak saya jalan-jalan dulu baru balik berehat kat umah. Sepanjang saya hamil ni 1 benda yang paling saya suka buat,saya tak buat. Shopping! Saya rasa macam x shopping lagi setakat ni. Untuk diri sendirilah. Macam semua tu langsung tak menarik perhatian saya. Macam lawak bila dengar sebab saya ni hantu shopping. Tapi bagus jugak mudahan nanti anak saya x gila shopping,hehehe. Pastu perkara yang paling saya suka sepanjang hamil ni..makan. Wah paling suka. Terutama makanan laut,wajib dalam semua masakkan saya. Tapi sekarang selera saya da berkurangan. Tapi berat badan saya asyik meningkat aje. Kurang selera ke? hehehe... Mungkin perasaan saya je kot. Hari ni rasa nak ajak En Suami g Mcd je. Rasa nak makan kat sana la. Tak pun kat Mesra Mall.. Mood saya rasa macam x berapa elok je ari ni....huhu...