Syukur alhamdulillah murah rezeki akhir tahun ni. Tahun ni alhamdulillah semua yang saya idam2kan tercapai cuma cepat ngan lambat je terlaksana. Bestnya dapat pakai yang baru.Tak lama lagi kita akan melangkah ke tahun baru. wah tahun depan saya dah berusia 29 tahun,mcm mimpi. Ramai je kata saya ngan en hubby ni muda lagi,hehehehehe awet muda la kami ni. Nanti anak kami pun awet muda jugak kot,insyaallah. Bila cakap pasal baby alhamdulillah semua keperluan baby da sedia. Sekarang duk mengira detik menanti kehadiran cahaya mata pertama kami,lambang cinta kami. Semoga semuanya dipermudahkan. Berdebar saya nak mengalas lagi 1 tangunggjawab sebagai seorang ibu. Bersediakah saya? Insyaallah. Saya akan lakukan yang terbaik.
Minggu depan kandungan saya berusia 8 bulan. Begitu pantas masa berlalukan? Kadang2 time lepak ngan en hubby terdetik dihati ni,eh da khwn da aku ni,da ngandung tak lama lagi nak ada baby dah.. Macam tak percaya pun ada. Apa la saya ni kan. Ingat detik pertama perkenalan kami,dia merisik saya,bertunang dan berkahwin. Macam cepat je berlalu. Saya betul2 berterima kasih pada kawan saya yang temukan kami. Dia temukan jodoh yang baik buat saya. Kalo saya tak hargai,sayalah paling rugi kat dunia ni. Syukur pada Mu Ya Allah kerana memberi peluang pada hambaMu ini untuk bertemu dengan jodoh yang lebih baik. Saya rasa tak rugi sedikit pun mase saya memilih dulu. Cerewet abis la saya ni. Sangat2 cerewet. Bukan rupa yang ku idamkan tapi kaya hati n kasih sayang.Bagi saya duit boleh cari. Apalah nak dibanggakan dengan hartakan?
Eh jauhnya saya melalut.. Baru2 ni cari barang baby kat Dungun. Kampung halamanku. Sebenarnya baby saya ajak berjalan cewah alasan je tu. Memang saya suka berjalan sekarang,saya selalu cakap baby ajak berjalan kih2. Malam2 mulalah sakit kaki mujur ada yang sudi urut hehehe. Mase berjalan tu baby senyap je,Bila masuk dalam keta mulala dia bergerak2 terhibur hati ni. Lepas shoping kat dungun saya g kat kemaman plak. Memang bertenaga pelik la mase ari tu. Pastu g umah mak hantar semua barang2 kat sana. Nanti saya berpantang umah mak,so senang simpan kat sana terus. Boleh mak ayah belek2 dulu cewah.
alhamdulillah..berkat kesabaran pasti kita akan dapat apa yang terbaik untuk kita. Allah akan bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita inginkan bila tiba masa dan saat yang sesuai. hargailah apa yang diperolehi. semoga saya juga akan lalaui saat2 manis dan bahagia sedemikian.amin..;)
ReplyDelete